Fly Away
Home About Stuffs Twitter Instagram Dash

owner


" my favorite colour is money "

tagboard



Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
FIXI Comey
Saturday 9 April 2016 • 03:54 • 1 comments




so assalamualaikum and hi guys! dah lama nak update blog cuma takda topic je nak post kakakaka ok harini jemah nak cerita pasal oh damn can u guys pls stop it with jemah jemah bagai ni? my classmate harihari bahan aku the way aku tulis kat blog ni urgh. 

ok fixi Comey ni............ dia baru je lagi keluar i guess cause baru last week nampak muka dia ni kat mph, before before ni takda pulak. ni pun aku pinjam dengan kawan aku sebab dia memang kaki fixi tapi dekut nak bagi pinjam. Comey ni best, seram, misteri duh macam biasalah kan, buku fixi mana je ada cerita cinta kahwin paksa? 

Comey ni before u gais nak baca, better aku gitau dulu yang dialog dialog dia semua in bahasa klate. no bukan u gais takleh baca, its just saja nak gitau tu pun salah? *emojigelaknangis* dialog je bahasa kelantan. dia memang cakap klate pekat habis, luckily family aku semua klatenese so aku memang paham ah. parents aku duadua ongkelantan so diaorang memang kecek kelate la selalu tapi cakap dengan aku bahasa mesia biasa, bahasa melaka ah senang since aku ong melaka en hahahahaha. and since kecik aku macam dibesarkan di kelantan, aku cakap macam cause im not sure and my mom never mention it before but aku tahu dari kecik aku memang duduk dengan nenek aku kat kelantan. eh sibuk pulak kita cerita pasal diri kita ni hahahaha. 

fixi Comey ni, seram af tapi Kacau takleh kalahkan keh hehehehehe sorry kakak kakak sekalian. dia pasal hmmmm im not sure either HAHAHAHAHAHA okay dia kisah Mek Fesah, akak sulung kepada lima beradik ni. parents dah takde. jodoh pun takda, umur dekat 33 tapi still loner forever. adik adik lain semua dah kahwin, dah ada hidup sendiri. Fisya ((si mek fesah lah)) ni ada sorang adik je, Mek Sara. adik beradik lain semua pakat taknak balik kelantan dah jenguk diaorang so fisya dengan sara je tinggal. si Fisya ni nak gak kahwin tapi semua orang macam tak suka dia sebab adik adik dia lagi lawa. kiranya dia buruk ah hahahahahaha pastu laki yang dia kenan kenan pun semua suka adik adik dia so aku rasa dia jealous ah gitu. pastu ada satu sikat ni, si Sara ni suka betul kalau orang sikat rambut dia guna sikat tu sambil nyanyi ulik mayang before tidur. so si Fisya ni pun sikatlah selalu rambut adik dia tapi one day adik dia sakit, sakit teruk gila sampai takleh detect pasai pa dia sakit. pastu si Fisya ni pulak tetiba jadi lawa tapi kejap kejap buruk. Senang cerita ah, cerita dia pasal orang obses nak jadi lawa. 

ikut hati aku nak je cerita full story dari A-Z tapi mano buleh, tok laku la buku tu pahni kalu aku bocorkan cito dio. better mung baco diri ah. buku ni memang best srs best tapi beshe ah, fixi en mesti ada part kau tak faham. sebab dah nama fixi, kau kena fixi apehal dia jadi lagu tu. 

aku memang tak paham part ending dia sebab si Mek Fesah tu senanye tak tahu kepe yang sikat tu dijampi oleh Mak Bonda kalau nak jadi lawa? and apa jadi kat si Sara? and apa ending si Mina dengan Sara? I mean how the heck tiba tiba si Mek Mina ni boleh jadi jahat bcs of laki dia pastu no no no no apa kaitan dia dengan diari yang nak comey tu? kk jap what i mean is, siapa yang nak jadi comey dan siapa yang buat benda tu senanye? u know what, i can imagine how serabutnya pale otak author buku ni cause im writhing a novel too, online novel je cehwah bajet novel siak padahal wattpad je. and your ending, bagi aku ah, aku boleh bayangkan yang otak author tu tengah serabut and you donno how to end the story then you just ah lantak ah asalkan ada nampak rupa. betul ke hahahahahahahahahqhjahjsahdklasjdlakshdjajshaj sorry kalau salah tapi kalau betul maka betulah sebab kekadang aku pun rupa gitu gak lewls kkbye!




1 Comments:

Blogger Unknown said...

Salam..terima kasih sebab baca Comey dan review dalam blog ni.:) Insya Allah saya akan jawab persoalan yang berlegar-legar di minda saudari.. perkara Mek Fesah tahu tentang sikat tu saya sengaja sorokkan daripada pembaca tapi saya bagi hint juga. Sebenarnya saya menulis novel ini, ideanya saya mahu panjangkan tapi mungkin ada rezeki saya akan sambung. Kisah Mek Sara pun akan terjawab. Mek Sara terpaksa jadi khadam kakaknya sendiri. Mek Mina pula tak ada ikhtiar lain untuk jadi cantik terus teringat cerita mak Bonda dalam diari Mek Fesah. Cerita ini halatujunya adalah obses untuk menjadi cantik kerana mempunyai peluang di depan mata dan terpaksa memilih untuk jadi comey atau maintain hidup macam tu. Mek Fesah dan Mek Mina sama saja, mereka sudah hilang 'hati' yang sebenarnya kecomeylan sebenar yang ingin saya sampaikan dalam naskhah ini. Memang berselirat juga otak ni dik, tapi berkarya harus terus! Doakan Comey ada sambungannya ya.:)

13 May 2016 at 05:02  

Post a Comment


|